KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata keperluan itu merangkumi pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur grid dan menambah kemahiran tenaga kerja.
"Komponen penting adalah grid yang kukuh dan boleh disesuaikan untuk menangani pertambahan pergantungan kepada sumber tenaga boleh baharu.
"Anggaran kos untuk pembangunan grid juga besar, mencecah RM180 bilion (AS$38.6 bilion) menjelang 2050, untuk membantu matlamat tenaga bersih Malaysia," katanya berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bursa Malaysia dan program MOBILIST (Mobilising Institutional Capital Through Listed Product Structures) kerajaan United Kingdom (UK) di sini hari ini.
Kerjasama itu bertujuan membolehkan pelaburan yang lebih besar untuk menyokong inisiatif peralihan tenaga dan menambah baik Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia.
Menurut Nik Nazmi, kerjasama itu akan menjadi pemangkin kepada perubahan positif, menggalakkan lebih banyak pelaburan hijau di seluruh rantau ini.
"Kami juga berterima kasih kepada kerajaan UK atas kepimpinannya dalam mewujudkan program ini. Kerjasama mengenai kewangan mampan ini membina asas kerjasama yang kukuh antara kedu-dua negara, seperti MoU sedia ada antara UK dan Malaysia untuk bersama-sama berusaha menangani isu iklim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Nik Nazmi berkata keperluan itu merangkumi pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur grid dan menambah kemahiran tenaga kerja.
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Malaysia perlu peruntukan sehingga RM90 bilion biayai projek tenaga kritikal 10 tahun akan datang
Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang.